Najib kekal di HKL, banduan perlu dirawat di hospital kerajaan - Khairy

  • 2 years ago
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan Najib Razak akan kekal dirawat di hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebagaimana prosedur yang ditetapkan untuk semua banduan sebelum ini.

Terdahulu peguam bela utama bekas perdana menteri itu, Mohd Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat kemungkinan bahawa Najib akan dipindahkan dari HKL ke Institut Jantung Negara.