KBS harap bajet 2023 tumpu pembangunan belia

  • 2 tahun lalu
KBS harap bajet 2023 tumpu pembangunan belia

BERITA SEMASA 13 SEPTEMBER 2022

Kementerian Belia dan Sukan berharap pembentangan Bajet 2023 akan memberi perhatian kepada langkah memperkasakan belia selain daripada pembangunan sukan negara, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembangunan belia sentiasa diutamakan menerusi pelbagai pendekatan dan program seperti Malaysia Future Leaders School.

Pihaknya juga mahu memperhebat pembangunan e-sukan yang dilihat mempunyai potensi besar untuk dikembangkan, selain program-program pembangunan belia.

Muzik: Elevate www.bensound.com

#KBS #Bajet2023 #SinarHarian

Disyorkan