JBPM | Sembilan anggota bomba dikena tindakan tatatertib

  • 2 tahun lalu
Seramai sembilan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Terengganu berdepan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Md Hilman Abd Rashid, berkata mereka dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk menipu dokumen surat akuan cuti sakit, tidak hadir bertugas dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.