Guna Kedudukan | Ahli Parlimen Labuan gagal batal pertuduhan

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya iaitu menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan untuk syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM).

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain yang menolak permohonan itu berkata mahkamah mendapati pertuduhan terhadap Rozman selaku pemohon adalah sah di sisi undang-undang dan tidak cacat.

Disyorkan