Pergerakan Tanah | Dikesan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kerja Raya (KKR) tidak menolak kemungkinan berlakunya kejadian pergerakan tanah yang boleh mendedahkan kepada risiko tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai–Blue Valley, daerah Kinta, Perak menuju ke Cameron Highlands, Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, aktiviti penanaman haram yang semakin berleluasa di kawasan tanah tinggi itu menjadi ancaman berlakunya cerun runtuh.