Jenama COOP | Lima barang keperluan asas lebih murah mula Jumaat

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan melaksanakan jualan lima barangan keperluan asas dengan jenama COOP iaitu gula, minyak masak, tepung, beras dan ayam beku pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran mulai Jumaat ini.

Menterinya Tan Sri Noh Omar, berkata pelancaran jualan itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia negeri Selangor pada Jumaat.

Disyorkan