Rayuan Akhir SRC | Hormati keputusan Mahkamah Persekutuan - BERSIH

  • 2 tahun lalu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan itu menunjukkan bahawa institusi kehakiman tidak akan tunduk kepada tekanan politik dan awam, sebaliknya bersikap adil serta saksama kepada semua pihak.

Disyorkan