Hari Wanita | Golongan wanita dalam pasaran buruh masih rendah

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penglibatan golongan wanita bagi aspek kadar penyertaan dalam pasaran buruh masih rendah berbanding negara Asia Tenggara lain.

Beliau berkata negara kini berdepan cabaran utama apabila populasi perempuan pada 2020 adalah 47.7 peratus iaitu hampir separuh daripada populasi Malaysia sedangkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita tahun lepas hanya 55.5 peratus.

Disyorkan