PRU15 | Larang mereka dalam perbicaraan mahkamah untuk bertanding

  • 2 tahun lalu
Kerajaan dicadang melarang mana-mana individu yang sedang dalam perbicaraan mahkamah berkaitan kes salah laku, penyelewengan dan rasuah untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Cadangan itu disuarakan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang bimbang mereka akan menyalahgunakan kedudukan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya memenangi pilihan raya kelak.

Disyorkan