Sabah & Sarawak | SPR tentukan pembahagian 35 peratus kerusi Parlimen

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab menentukan pembahagian 35 peratus daripada 222 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Kata Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg, GPS secara dasar bersetuju dengan langkah bagi mendapatkan semula 35 peratus kerusi itu seperti dibangkitkan dalam mesyuarat majlis khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.