Rasuah | Pengarah universiti awam direman tujuh hari

  • 2 tahun lalu
Pengarah bahagian pengurusan fasiliti di sebuah universiti awam direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi membantu siasatan berhubung penerimaan suapan sebuah kereta bernilai lebih RM170,000.

Perintah terhadap suspek yang berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin bagi membantu siasatan mengikut seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Disyorkan