Dewan Rakyat | Najib boleh hadir sidang jika Jabatan Penjara benarkan

  • 2 tahun lalu
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara ketika ini, boleh menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Namun, menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, kehadiran bekas Perdana Menteri itu bukan bawah bidang kuasanya tetapi bergantung kepada kebenaran daripada Jabatan Penjara.

Tambahnnya, kelayakan Najib sebagai Ahli Parlimen hanya akan terlucut selepas petisyen pengampunannya ditolak.