PRU15 | BN ada potensi rampas semula Terengganu – Bekas MB

  • 2 tahun lalu
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menawan kembali negeri itu menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu berkata parti berkenaan masih berpotensi menang walaupun bergerak secara solo.