Khalid Samad bakal bertanding di Titiwangsa | #MalaysiaMemilih

  • 2 tahun lalu
Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mempertaruhkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad untuk kerusi P119 Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum kali ini.

Pengarah Pilihan Raya Amanah, Datuk Asmuni Awi dalam satu kenyataan berkata, pencalonan itu merupakan satu pengorbanan yang luar biasa, kerana Khalid akan meninggalkan Parlimen Shah Alam, yang disandangnya sejak tiga penggal.