Kartel Ayam | MyCC lanjut tempoh representasi lima syarikat ke 19 Disember

  • 2 tahun lalu
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) melanjutkan tempoh representasi sehingga 19 Disember depan kepada lima syarikat pengeluar bekalan ayam yang didakwa terbabit dengan perjanjian antipersaingan atau dikenali perjanjian kartel.

Jelas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, representasi itu membolehkan pihak terbabit mengemukakan bukti bagi menafikan kesalahan menaikkan kuantum harga makanan ternakan itu sebelum ini.

Disyorkan