Anak Emas Kerajaan | Rumah generasi Felda terbengkalai, didiami Disember 2024

  • 2 tahun lalu
Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai, dimulakan semula pada disember tahun ini dan dijangka siap diduduki pada Disember tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek yang terbengkalai melibatkan 1,400 unit itu akan disiapkan menerusi inisiatif pembiayaan swasta dengan kos pembangunan RM204 juta.

Malah menurut beliau, warga Felda sentiasa diberi perhatian khusus oleh kerajaan sehingga ada yang melabelkan warga Felda sebagai anak emas kerajaan.