Puluhan rumah di Kuala Terengganu rosak dilanda ribut

  • 2 tahun lalu
Puluhan rumah di Kuala Terengganu rosak dilanda ribut

BERITA SEMASA 31 OKTOBER 2022

Hampir 30 rumah dan premis perniagaan di sekitar Kampung Undang, di Kuala Terengganu rosak dibadai ribut dalam kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Rahayu Mustafa.

Selain atap rumah tercabut dan berterbangan dibawa angin kencang, sebuah van muatan barang yang diparkir di depan kedai turut diheret sejauh 50 meter dan jatuh ke dalam sawah padi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Undang, Daud Hassan berkata, pihaknya masih mengumpul data terkini jumlah penduduk terlibat dalam kejadian ini.

Artikel: https://bit.ly/3DK0Xqe

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15

Disyorkan