Alam Sekitar | Lebih 7,000 hektar tanah di Perak diceroboh

  • 2 tahun lalu
Lebih 7,000 hektar tanah di Perak diceroboh pihak tidak bertanggungjawab dengan pelbagai aktiviti sehingga Disember 2022.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata daripada jumlah itu, pertanian direkodkan sebagai aktiviti pencerobohan tertinggi iaitu melibatkan seluas 7,307.59 hektar tanah atau 92.82 peratus.

Manakala selebihnya melibatkan aktiviti penternakan dan penempatan setinggan haram.

Disyorkan