Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai hak dan kuasa dalam membuat keputusan berkaitan dengan kadar dasar semalaman (OPR) tanpa perlu membabitkan campur tangan kerajaan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hak dan kuasa yang memberi kesan kepada ekonomi negara telah diberi pengkhususan masing-masing seperti yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang Malaysia.
Sehubungan itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata satu perbincangan bersama melibatkan Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dan Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli akan dilakukan sebelum merangka Belanjawan 2023.

Category
🗞
News