Makam Raja Busu di Kuala Lukut siap dibaik pulih

  • 2 tahun lalu
Makam Raja Busu di Kuala Lukut siap dibaik pulih

BERITA SEMASA 7 JANUARI 2023

Selepas sekian lama terbiar, kini Makam Almarhum Raja Busu terletak di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan dinaik taraf kepada makam bersejarah membabitkan kos RM249,000, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah berkata, penambah baikan makam bersejarah ini bakal menjadi destinasi kepada para pengkaji sejarah.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) mengalu-alukan kedatangan para pengkaji namun harus memaklumkan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu agar tiada sebarang pengubahsuaian berlaku sepanjang kajian dilaksanakan.

Raja Busu merupakan Aristokrat Selangor daripada jurai Raja Muda Nala juga cucu kepada Raja Lumu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Disyorkan