Politik | PKR pecat Tian Chua, empat lagi ahli

  • 2 tahun lalu
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang atau Tian Chua dan empat lagi ahli parti itu dipecat selepas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang lepas tanpa persetujuan parti.

Empat yang dipecat terdiri daripada Puah Chee Haur dari Cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Cabang Gopeng), M. Mohganan (Cabang Taiping) serta Nur Khairunisa Abdullah (Cabang Sadong Jaya).

Disyorkan