Malaysia-Indonesia | Jumlah perdagangan dua negara bakal berkembang lebih 30 peratus

  • tahun lalu
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Indonesia bagi tahun 2022 bakal berkembang lebih 30 peratus berbanding 2021.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, ia berikutan peningkatan aliran perdagangan dua hala bagi barangan dan perkhidmatan selepas pembukaan semula sepenuhnya sempadan kedua-dua negara tahun lalu.