DUN Sabah | Warisan gesa Jawatankuasa Khas Kerajaan Perpaduan Sabah

  • 2 tahun lalu
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan di Sabah mengambil keputusan tidak hadir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 yang berlangsung hari ini.

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau bersama ADUN Parti Warisan menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan RUU Bekalan Gas 2023 yang akan dibentang dalam mesyuarat tersebut selaras dengan perjuangan Parti Warisan untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 dengan sepenuhnya.

Disyorkan