Pelancong China | Lebih 1,000 kes positif di Korea Selatan

  • 2 tahun lalu
Seramai 1,100 daripada 6,396 individu dari China yang memasuki Korea Selatan disahkan positif COVID-19 setakat ini.

Pegawai Agensi Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Korea, Lim Sook-Young berkata kemasukan individu tersebut direkodkan selama enam hari bermula 2 hingga 7 Januari lalu, dengan kadar jangkitan sebanyak 19.6 peratus.

Begitu pun, beliau berkata kadar kes positif pelancong dari China menunjukkan penurunan ketara sejak kerajaan memperketatkan langkah kuarantin bagi mereka yang tiba dari negara tembok besar itu.

Disyorkan