Replika Perahu | Tiada generasi pelapis, hasil seni Nek Pon mungkin berkubur

  • tahun lalu
Biarpun di usia senja, Mohamad Pon Putit, 80 tahun masih mampu mengukir kayu, mengubahnya kepada pelbagai bentuk dan jenis replika perahu yang sangat menarik.

Lebih mesra dipanggil Nek Pon, dia mengusahakan seni kreatif itu sejak remaja selepas berhenti menjadi tukang kapal puluhan tahun lalu.