Jenayah | Warga asing ditahan bersama 221.26 kilogram ganja

AWANI
AWANI
269 pengikut
tahun lalu
Pihak Polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing dan merampas dadah berjumlah 221.26 kilogram disyaki ganja bernilai RM663,798 dalam dua serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium di kawasan Bandar Sierra 16, Puchong pada 15 Januari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pihaknya menemui 2.1 kilogram ganja dalam serbuan pertama yang kemudianya membawa kepada penemuan 219.16 kilogram dadah jenis yang sama dalam sebuah kereta di kawasan parkir di kondominium tersebut.

Disyorkan