Bayaran Insentif | KGBS mohon jangan tarik balik elaun khas guru di pedalaman

  • tahun lalu
Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Zulkiflee Sebli berharap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menarik balik Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) khasnya buat penerima di dalam kategori Pedalaman 1 (P1).

Semakan semula kelayakan penerima elaun khas meliputi kategori P1, P2 dan P3 itu mungkin akan membatalkan insentif kewangan tersebut yang telah banyak menampung beban yang dipikul oleh guru-guru di sekolah-sekolah pedalaman.

Jelasnya, pihak KPM perlu meneliti semula mekanisme yang paling sesuai berhubung pelaksanaannya termasuk tidak menarik balik elaun khas berkenaan yang telah diterima Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) KPM.

Disyorkan