JCM Ke-6 | Malaysia-Singapura perkukuh kerjasama perlindungan data

  • tahun lalu
Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) ke-6 mengenai kerjasama maklumat dan komunikasi antara Malaysia dan Singapura pada jumaat mengeratkan lagi hubungan baik dan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital.

Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura, dalam satu kenyataan bersama berkata mesyuarat itu susulan pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani semasa lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura, Isnin lalu.