Kertas Putih Vaksin | KKM akan pastikan perolehan dilaksankan lebih teliti, berintegriti

  • tahun lalu
Kementerian Kesihatan, KKM akan memastikan sebarang perolehan termasuk vaksin COVID-19 di bawah kementerian tersebut dilaksanakan dengan lebih teliti, berintegriti serta memastikan ia mempunyai manfaat timbal-balik kepada kerajaan.

Menurut Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, ia bertepatan dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Februari lepas berhubung kertas putih perolehan vaksin COVID-19.