MAVCOM pantau harga tambang penerbangan domestik

  • tahun lalu
Kementerian Pengangkutan Malaysia akan memantau harga tiket penerbangan domestik bagi laluan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa penetapan harga tambang penerbangan domestik oleh syarikat-syarikat penerbangan negara berdasarkan kepada rasionlisasi sektor perkhidmatan udara domestik pada tahun 2006. Dalam menjawab pertanyaan ahli parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, Anthony Loke mengungkapkan inisiatif khas yang dilakukan oleh syarikat penerbangan untuk menawarkan tiket penerbangan pada harga yang rendah termasuk sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Disyorkan