Prasarana diarah sedia laporan penuh masalah teknikal

  • tahun lalu
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) diarahkan untuk menyediakan laporan penuh berhubung isu masalah teknikal perkhidmatan transit aliran (LRT), khususnya melibatkan laluan Kelana Jaya yang kerap terganggu sejak akhir-akhir ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata beliau turut meminta Pengerusi Prasarana untuk melaksankan mesyuarat khas, bagi mencari punca sebenar gangguanberkenaan hingga menimbulkan kesulitan kepada ribuan pengguna, terutamanya pada waktu puncak.

Disyorkan