Bekas Presiden Peru, Alejandro Toledo serah diri
Bekas Presiden Peru, Alejandro Toledo, menyerah diri kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat dan dijangka diekstradisi ke Peru atas tuduhan rasuah. Beliau didakwa menerima suapan $25 juta daripada sebuah syarikat kontraktor Brazil untuk mendapatkan kontrak pembinaan awam semasa beliau menjadi presiden.