Belum terlintas untuk cari pengganti Mael - XPDC

  • tahun lalu
Selepas seminggu dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian 'Raja Metal' Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Mael XPDC, ramai peminat fanatik kumpulan itu tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikan tempat beliau.

Perkara itu diajukan Astro AWANI kepada anggota kumpulan XPDC ketika hadir pada majlis tahlil Allahyarham Mael di Puchong Khamis malam yang turut dihadiri oleh ahli keluarganya.

Bagaimanapun menurut mereka, setakat ini perkara itu tidak dibincangkan namun tidak menafikan ia pastinya akan berlaku.

Disyorkan