• last year
Perlukah memastikan tapak tangan kena pada sejadah untuk bersujud ketika solat?

Sebagaimana kita sedia maklum, seorang Muslimah apabila hendak menunaikan solat maka wajib menutup seluruh tubuh badan dengan syarat menutup aurat dengan sempurna.

Kebanyakan kita, ketika solat di masjid pasti akan menggunakan telekung atau kain sembahyang untuk menyempurnakan solat tersebut.

Namun hari ini, ada pula yang mengatakan tapak tangan perlu sentuh sejadah seperti menolak telekung tersebut agar tidak berlapik dengan tempat sujud sehinggakan terdapat banyak pergerakan yang berlaku selepas I’tidal.

Persoalannya, sahkah solat sebegitu sebab berlaku gerakan yang agak banyak?

Pendakwah, Imam Muda Fakhrul ada jawapannya.

#SoalJawabAgama
#SinarIslamPlus

Category

📚
Learning

Recommended