Penggubalan Akta Pembelaan Awam melibatkan ahli akademik sepuluh universiti

  • tahun lalu
Penggubalan Akta Pembelaan Awam untuk memberi bantuan guamana percuma membabitkan kes jenayah di negara ini agar rakyat yang kurang berkemampuan turut mendapat akses kepada keadilan dan pembelaan sewajarnya.

Bagi memastikan perkhidmatan guaman di Malaysia di kedudukan terbaik, kerajaan akan melaksanakan kajian yang menyeluruh dengan kerjasama para akademik melibatkan 10 fakulti undang-undang universiti awam dan swasta di Malaysia.

Kajian yang dilaksanakan meliputi kajian pembandingan pelaksanaan luar negara, parameter dan sebagainya berkaitan penggubalan Akta Pembelaan Awam.

Disyorkan