[TERKINI] Pekeliling palsu arah pelajar tonton Anwar: The Untold Story

  • tahun lalu
Kementerian Pendidikan menafikan satu pekeliling tular yang mengarahkan warganya termasuk pelajar untuk menonton filem Anwar: The Untold Story.

Menerusi muat naik di laman Facebook rasminya, KPM turut meminta orang ramai supaya semak kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya.

Dalam pada itu, Menterinya, Fadhlina Sidek ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat susulan penyebaran pekeliling palsu berkenaan.

Disyorkan