Teknologi Hijau: Kenderaan elektrik semakin dapat tempat di Malaysia

  • tahun lalu
Pendedahan dan pengetahuan masyarakat terhadap penggunaan kenderaan elektrik (EV) semakin meningkat apabila jumlah kenderaan ev yang berada di jalan turut bertambah.

Ini sekaligus memberi gambaran rakyat Malaysia bersedia untuk menukar kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) kepada EV menyedari impak alam sekitar dan berdasarkan prestasi EV itu sendiri.

Namun persoalan masyarakat berapa banyak model yang ditawarkan di Malaysia, begitu juga isu servis dan kemudahan pengecasan.

Semua ini dijawab oleh salah satu pengedar sah EV ke Malaysia iaitu Sime Darby Motors melalui jenama automotif China, Build Your Dreams (BYD).

Disyorkan