Susu formula mahal: KPDN minta pengusaha beri laporan harga

  • tahun lalu
BERITA SEMASA 17 JUN 2023

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meminta pengusaha untuk menyediakan laporan pergerakan harga susu formula bayi dan kanak-kanak bagi tempoh enam bulan, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, langkah itu diambil berikutan rungutan orang ramai yang mendakwa berlaku kenaikan harga bagi produk berkenaan di pasaran.

Tambah beliau, sekiranya terdapat kenaikan harga, pihaknya akan mengadakan libat urus dengan pengeluar berkenaan bagi menangani isu itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/263926/berita/nasional/susu-formula-mahal-kpdn-minta-pengusaha-beri-laporan-harga

Muzik: bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian