• last year
Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa'- Sanusi

BERITA SEMASA 12 JULAI 2023

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor mendakwa parti politik ibarat diikat kaki dan tangan mereka apabila dilarang bercakap isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja.

Menurutnya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu dan jika tidak boleh bercakap perihal Melayu, isu apa lagi yang boleh dibicarakan.

Malah katanya, parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum dan isu sebegitu pastinya menjadi antara topik perbincangan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

Recommended