NUR NADHRAH JAWAB SOALAN CEPUMAS

  • tahun lalu
NUR NADHRAH JAWAB SOALAN CEPUMAS

PERSONALITI pengacara program keagamaan, Mai Mengaji di TV Al-Hijrah, Nur Nadhrah Mohamed Yunos banyak menambat hati ibu bapa di luar sana yang mahu anak mereka celik al-Quran.

Penulis juga antara penonton setianya. Justeru, sempena sambutan Awal Muharram kali ini, kami menjemputnya ke studio kami untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

Ternyata, beliau bukan calang-calang orang. Cara didikan ahli keluarga ditambah dengan kesungguhannya untuk bersahabat baik dengan al-Quran menyentuh hati kami.

Kepada SinarPlus juga, anak kelahiran Selangor itu bercerita tentang maahad tahfiz yang diasaskannya. Bukan setakat itu sahaja, beliau mempunyai gagasan lain yang dilakukan. Pastinya, ia sesuatu yang lebih besar.

Tidak sah untuk tidak bertanya bagaimana tip beliau menghafaz al-Quran, Nur Nadhrah tanpa ada masalah berkongsi pendekatannya.

Ingin tahu isi cerita selanjutnya, dapatkan akhbar Sinar Ahad menerusi sisipan SinarPlus di muka surat 15, 16 & 17.

Layari sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, Tiktok & Threads SinarPlus.
Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Personaliti: NUR NADHRAH MOHAMED YUNOS (@nurnadhrahmohamedyunos)
Wartawan/Teks: NURUL SHAHAMAH ABDUL RAZAK (@shahamahrazak)
Juruvideo: NURUL SHAHAMAH ABDUL RAZAK (@shahamahrazak)
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)
Muzik: LEVA QUIET WIND DARIPADA ARTLIST

Disyorkan