Lembah Lenggong kini diurus kerajaan negeri

  • tahun lalu
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara hari ini menyerahkan pengurusan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Lembah Lenggong kepada kerajaan Perak.

Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata tapak itu diharap akan diuruskan dengan lebih baik di bawah kepimpinan Menteri Besar Perak dan pelbagai agensi pentadbiran kerajaan negeri.

Disyorkan