Pasca #6NegeriMemilih: Cipta naratif kerjasama mulai sekarang

  • 11 bulan lalu
Ahli-ahli dewan undangan negeri (DUN) yang telah dipilih perlu menggunakan peluang ini untuk mencipta naratif bahawa pemimpin, meskipun berbeza parti boleh bekerjasama demi kebaikan masyarakat.

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan, rakyat sudah semakin matang dan bijak untuk menilai, dan sekiranya tidak membawa kebaikan, perkara itu pastinya akan diterjemah dalam pilihan raya umum seterusnya.