Usul pembangkang bahas kes Zahid ditolak Dewan Rakyat

  • 10 bulan lalu
Persidangan Khas Dewan Rakyat yang bermula pada Isnin bermula dengan kekecohan apabila Ahli Parlimen dari blok pembangkang membangkitkan usul tergempar dibawa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN - Machang).
Dewan panas sebaik saja Speaker, Tan Sri Johari Abdul mahu memulakan aturan mesyuarat apabila Wan Ahmad Fayhsal bangkit bertanya berhubung usul tergempar dibawanya.