• last year
AMYRA ROSLI JAWAB SOALAN CEPU EMAS

NAMA beliau mula meledak menerusi lakonan dalam drama rantaian popular, Nur yang mencetuskan fenomena dalam industri seni.

Kejayaan naskhah tersebut turut membolehkan Amyra Rosli atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli membawa pulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam satu pertandingan berprestij.

Walaupun sibuk dengan kerjaya, namun keutamaan jelitawan itu tetap kepada keluarga tercinta.

Ke mana sahaja kaki melangkah pasti ada suaminya, Amar Baharin yang menemani.

Pasangan sama cantik sama padan itu juga ibarat belangkas dan sentiasa bersama ke mana sahaja.

Mungkin benar anggapan yang mengatakan suami ialah kawan baik kepada isteri selepas kahwin, namun apa komen Amyra?

SinarPlus turut bertanyakan momen paling romantik yang Amar pernah lakukan untuknya.

Bertuah dilahirkan dengan wajah yang cantik dan manis, ibu kepada sepasang cahaya mata itu memberi reaksi tentang pernyataan beauty is pain.

Apakah pandangan beliau tentang segelintir wanita yang sanggup berbuat apa sahaja demi nak cantik?

Ketahui juga reaksi Amyra jika tahu ada orang bercakap tak elok di belakangnya?

Segala persoalan tersebut terjawab menerusi video pendek ini. Selamat menonton!

Personaliti: Personaliti: NUR AMIRA IZZATI ROSLI (@aamyrarosli)
Teks/video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Suntingan Video: ZAITON ABDUL MANAF
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)

Category

People

Recommended