Konsert Armada Band diiringi air mata kenang nasib Palestin

  • 8 bulan lalu
Konsert Armada Band diiringi air mata kenang nasib Palestin

BERITA MOJO 8 NOVEMBER 2023

Persembahan selama dua jam kumpulan Armada Band yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada Sabtu lalu bukan saja membawa penonton menyanyi bersama tetapi turut menyentuh hati sehingga ada yang mengeluarkan air mata mengenang nasib rakyat di bumi Palestin, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Rizal Adi merupakan vokalis kumpulan dari Indonesia itu mengakui sedikit emosi ketika melakukan persembahan sulungnya di Sabah apabila terkenangkan kanak-kanak di Palestin ketika ini.

Menurutnya, pendedahan daripada media sosial menunjukkan kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman menyebabkan dia terpanggil untuk membawa penonton supaya bersama-sama mendoakan kesejahteraan kepada rakyat di Palestin.

Selain menghiburkan penonton pada konsert itu, Rizal dilihat turut mengambil peluang menyampaikan luahannya kepada peminat menerusi lagu-lagu kumpulan itu yang berunsurkan cinta dan dalam masa sama menyampaikan pendiriannya yang menyokong rakyat di Palestin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/633550/berita/hiburan/konsert-armada-band-diiringi-air-mata-kenang-nasib-palestin

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #MojoLive #Mojo #Palestin #PrayForPalestin

Disyorkan