Penganggur didakwa bunuh ibu bapa di rumahnya

  • 8 bulan lalu
BERITA MOJO 15 DISEMBER 2023

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat atas dua pertuduhan membunuh ibu bapanya, di rumahnya, Sabtu lalu.

Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali yang memakai baju T berwarna hitam, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas pesara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Muhammad Agus @ Muhamed Ali Omar, 82 dan suri rumah, Darlisma Njatu Saleh, 72.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/639766/berita/semasa/penganggur-didakwa-bunuh-ibu-bapa-kandung

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini

Disyorkan