Agong terima menghadap PM untuk mesyuarat prakabinet terakhir baginda

  • 7 bulan lalu
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat prakabinet di Istana Negara pada jam 4 petang Selasa. Mesyuarat ini cukup istimewa untuk kedua-dua pemimpin, khususnya kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana ini merupakan sesi menghadap terakhir sebelum tempoh perkhidmatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berakhir pada 30 Januari ini.

Disyorkan