Dua pegawai polis didakwa kes rasuah RM1.25 juta untuk tutup

  • bulan lalu
Dua pegawai polis didakwa kes rasuah RM1.25 juta untuk tutup kes

BERITA SEMASA 28 MEI 2024

Seramai dua pegawai kanan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada Selasa, berhubung kes rasuah RM1.25 juta, dua bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian Noor Azlida Alimin.

Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner, Chin Khiam Kong, 54, dan Ketua Unit, Siasatan Jenayah Cryptocurrency, JSJK Bukit Aman, Deputi Superintenden, Suhairon Abdullah, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi

Mengikut pertuduhan pertama, Khiam Kong dan Suhairom, didakwa bersama-sama sebagai pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, secara rasuah bersetuju menerima suapan RM1 juta daripada Khoo Zixian, 28, bagi membantu menutup siasatan jenayah berkaitan kes bawah seksyen 120 Kanun Keseksaan (kes keselamatan negara).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667081/berita/semasa/dua-pegawai-polis-didakwa-kes-rasuah-rm125-juta-untuk-tutup-kes

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #rasuah #duapegawaipolisrasuah #SPRM #PDRM #BukitAman