• 7 months ago
Bergelar ahli politik tidak bermakna tidak boleh turun ke dapur. Siapa sangka YB Adun Ijok rupanya mempunyai hobi memasak menggunakan dapur kayu. Malah katanya ia umpama terapi buat dirinya. Kunjungan team Keluarga menjengah dapur kayunya nyata menggamit memori. Lebih manis, kami bukan sahaja dijamu masakan kampung tetapi masakan betik tumis yang dimasak menggunakan dapur kayu. Seakan dapat bau kayu api yang melekat dekat makanan, aroma asap kayu api menjadikan hidangan lebih istimewa. Jom tonton hobi unik ADUN Ijok YB Tuan Jefri bin Mejan.

Recommended