Keyakinan memiliki EV akan meningkat selepas ini - Pakar

  • 3 bulan lalu
Penganalisis industri automotif, Hezeri Samsuri, meramalkan peningkatan mendadak keyakinan terhadap pembelian kenderaan elektrik (EV) pada masa akan datang. Beliau menyatakan bahawa ini disebabkan oleh penetapan cukai jualan kenderaan motor tanpa pelepasan yang telah dikurangkan sebanyak 85 peratus, serta inisiatif kerajaan dalam menumpukan subsidi bahan api di bawah usaha kerajaan madani. Langkah-langkah ini dijangka akan memberi dorongan kepada pengguna untuk memilih EV sebagai alternatif yang lebih berpatutan dan mesra alam.

Disyorkan